A


Saturday, December 10, 2016

Industrial Design...

Assalamualaikum

         Apa itu RekaBentuk Perindustrian (Industrial Design). Secara asasnya RekaBentuk Perindustrian adalah salah satu bidang dimana mereka mengamalkan aktiviti kreatif di dalam menyelesaikan masalah.

          Memang tidak dinafikan lagi jikalau seseorang bertanyakan kepada designer apakah pekerjaan mereka dan designer adalah jawapan yang diberikan. Memang kami sebagai designer tidak terkejutlaa bila sesetangah org menganggap kami sebagai prereka fesyen. Ianya tidak boleh disangkal lagi pereka fesyen "overshadow" segala perkataan designer. Kami juga tidak boleh menyalahkan mereka oleh kerana profesion pereka fesyen lebih dikenali marhaen kerana pengaruh media.

        Bidang rekabentuk sebenarnya adalah meluas. Antara cabang rekabentuk adalah :

(a) Industrial Design
(b)Graphic Design
(c) Fashion Design
(d) Interior Design
(e) Web Design
(f) Software Design
(g) Arts Design

         Secara asasnya di dalam Industrial Design juga merangkumi beberapa sektor lain antaranya ialah Product Design, Automotive Design, Furniture Design dan sebagainya. Untuk bakal2 mahasiswa yang masih tertanya-tanya apakah Industrial Design ini adalah penerangannya. Industrial designer dengan engineer adalah 2 individu yg berbeza. Antara contohnya di dalam perbuatan automotif. Segala sistem dan fungsi sesebuah kenderaan adalah tugas sorg jurutera. Dan Designer akan melengkapi tugas Engineer dimana Designer akan mereka bentuk luaran sistem dan kenderaan. Misalnya, bayangkan anda hanya membeli sesebuah kereta tetapi hanya terdapat kenderaan sahaja. Sememangnya sorg Engineer juga mampu merekabentuk luaran sesebuah produk, akan tetapi stiap Designer telah diterapkan dan disebatikan dengan jiwa mereka untuk menambah nilai-nilai estetika dan fungsi sesebuah produk. Antara contohnya, lampu perlukan mentol dan sistem. Akan tetapi seorang designer menambahkan lagi nilai lampu tersebut dengan menghasilkan "lamp stand", "lamp shade" dan sebagainya.


ENGINEER
DESIGNER














          Untuk para pelajar lepasan SPM, STPM, ASASI, MATRIKULASI...jgn takut untuk mengenal dengan lebih mendalam bidang REKABENTUK ini kerana ianya merupakan satu bidang yang menguji keupayaan sesorang untuk berfikir dengan kreatif dan kritikal. Bidang ini amatlah menyeronokkan sbb pemilik blog ini sendiri merupakan bekas pelajar kejuruteraan mekanikal dan kini sudah beralih kepada industrial design. Prinsip kami adalah "We Break The Rules". Disini pemilik blog ini nk share sikit antara hasil2 yg telah dicipta oleh tangan seorang designer yang tidak seberapa ini.












updates post:
pemilik blog ini merupakan alumni Industrial Design of UPM. Sebenarnya banyak universiti awam yang menawarkan kos Industrial Design misalnya UPM, UiTM, Unisza dan Politeknik. Untuk UPM sendiri banyak research dan produk yang dihasilkan adalah untuk "common things". Tidak tertakluk kepada produk pertanian sahaja. Akan tetapi bagi pelajar yang melakukan "research" produk pertanian akan mendapat kelebihan oleh kerana akses yang besar buat pelajar untuk ke ladang2 di UPM. Untuk UiTM pula, "research in automotive" merupakan topik yang "famous" bagi pelajar disana, oleh sebab itu kebanyakkan designer Proton merupakan Alumni drpd UiTM itu sendiri. Pokok pangkalnya sendiri, setiap U tu ada kelebihan masing2, misalnya perlu ambil kira kemudahan pembelajaran seperti makmal, bengkel dan fasiliti yang lain. Seperti di UPM sendiri, kemudahan seperti mesin prototype disediakan tetapi unitnya agak sedikit. Dan jika anda seorang yang rajin untuk buat surat dan naik turun pejabat, mungkin anda juga boleh bekerjasama dengan unit kejuruteraan (boleh pinjam peralatan dorg laa, fakulti engineering juga ada mesin prototype sendiri).

Untuk masa depan selaku pelajar Industrial Design, terlampau banyak sektor yang boleh diceburi oleh graduan Industrial Design misalnya:

-industri perabot
-automotif
-interior designer
-packaging
-graphic
-mall management (autocad)
-lecturer
-sales marketing
-draughtsman
-CNC programmer
-process Engineer
-3D Visualisation
-cartoon maker
-pekerjaan yang berkaitan dengan software 3d & autocad

dan banyak lagi. Untuk industri perabot, kalau org tanya "keje apa? Keje kilang perabot je". Adakah anda tahu bertapa banyaknya kemahiran yang diperlukan dlm industri perabot. Misalnya jika anda menceburi dalam bidang CNC perabot, gaji pun boleh cecah 5~10k (berdasarkan pengalman kerja dan company yang stabil). Contoh kemahiran lain dalam industri perabot ada drafter, model maker, product design, dll. Bagi automotif, jika rezeki anda dpt dalam sektor automotif, lebih banyak kearah design & model making. Bidang automotif antara salah satu bidang yang lumayan buat para industrial designer. Misalnya Toyota & Perodua, bonus tahunan boleh cecah sehingga 6bulan gaji atau lebih. Akan tetapi bidang automotif ini peluangnya agak tipis sedikit, kalau dipanggil iv pun dah kira gembira dah tu. Bagi interior desginer pun student Industrial Designer pun boleh cuba juga, oleh kerana ada juga subjek interior dan movement2 design elemen yg dipelajari. Skop kerja interior designer antara salah satu skop paling banyak peluang. Dan peluang bagi student Industrial Design agak besar jugak oleh kerana student Industrial Design telah mengenali material (bahan yang bakal digunakan dalam pembuatan menghias rumah, seperti jenis2 kayu, besi dll)

as references pekerjaan si pemilik blogger ini
internship - Denso Malaysia (automative)
-furniture product design
-interior designer
-furniture cnc programmer

3 comments:

Anonymous said...

WAUU!! sangat menajubkan..tengah-tengah sibuk buat research tetiba nampak blog ni gambar fakulty sendiri, fikirkan orang lain, rupanya seniour sendiri. eventho i dint know siapa my seniour, tapi cuma nak cakap blog ni sangat menarik untuk saya..saya harap kita dapat buat satu group untuk semua seniour lama-lama dengan juniour sebagai alumni.

Unknown said...

Bang saya nk cari Uni untuk course industrial design tapi tak tau nk amik Uni mane. Abg Uni mane?

Unknown said...

Anak saya dah dapat tawaran utk diploma industrial design..nak tanya prospect pekerjaa lepas graduate mcm mana?