A


Monday, December 17, 2018

Berakhirnya Zaman Remaja

Bagi aku zaman remaja aku dah berakhir pada usia aku 24. Seseorang lelaki menjadi sedikit matang apabila dia sudah mula "terpaksa" memikirkan masa depannya. Baru-baru ini aku ada belajar sedikit ilmu house financial + asb. Macam mana cara untuk mendapatkan 15-20% wang pendahluan daripada harga asal rumah. Untuk maklumat yang lebih teliti, Insyaalah kalau ada masa yang terluang aku cuba untuk masuk dalam entri. Oleh kerana, ilmu yang aku pelajari barulah hanya beberapa titis air daripada sebuah kolam yang besar.

Apabila selesai membuat pengiraan dan rancangan masa depan untuk tempoh 5 tahun ke hadapan, dari segi logik akal fikirannya agak mustahil untuk membeli rumah yang harganya >300k berdasarkan prestasi semasa aku. Itu tidak diambil kira kebarangkalian untuk kenaikkan gaji ataupun rezeki yang menyinggah dalam tempoh 5 tahun kehadapan. Memang tidak dinafikan, aku memerlukan 2 sumber keewangan yang berbeza, sama ada bisnes mahupun gabungan pendapatan isi rumah. Memang sasaran aku untuk membeli rumah pada tahun 2024@2025 atas sebab2 tertentu seperti tempoh tamat komitmen dan tempoh pinjaman "loan".

Ianya agak sukar buat lelaki seperti aku yang hanyalah sekadar pekerja kilang. Tapi Insyaallah berkat usaha dan titik peluh yang halal bagi setiap pemuda yang mempunyai impian dan hala tuju kehidupan yang nyata, Allah SWT akan senantiasa membantu hambanya untuk merealisasikan impian mereka asalkan ada usaha yang selari dengan syariah islam itu sendiri.

Antara tips dan ilmu yang diajari sendiri oleh Ayahku dalam hal keewangan ini antaranya,

1. setiap bulan cuba untuk tidak "miss" beri kepada kedua ibu bapa kita oleh kerana keberkatan daripada pemberian itu. Alhamdullillah aku dh try dari aku mula bekerja lagi, pernah bagi rm30, kadang2 rm50.

2. Ayahku selalu berpesan sampai ke laa ni, jikalau ada kemampuan yg lebih, berzakat atau berwakaf lah setiap bulan. Sebab dalam rezeki kita itu secara tidak langsung mempunyai hak orang lain. Serius guys, aku dah try benda ini sejak aku start kerja lagi. Nak cakap mewah itu tak adalah. Cukup sekadar untuk sara kehidupan dengan bahagia dan tenteram. Seperkara lagi, zakat juga sebenarnya juga boleh digunakan sebagai alternatif lain untuk menolak cukai2 anda bagi sesiapa yang telah menconteng EA form.

Sejujurnya zaman remaja aku memang sudah berlalu, setiap bulan aku mmg tiada bajet yang spesifik untuk berfoya. Aku sendiri pun sudah lupa kali terakhir aku tengok wayang walaupun mall itu sehaluan dengan jalan balik. Sebab bagi aku agak membazir untuk "spend" rm30 sekali dengan popcornnya. But if that rm30 you are spending with friends, watching together, i think it should be worth it because im usually went to cinema alone.

Peace✌ with love💙

No comments: