A


Friday, May 20, 2011

aku hanyalah seorang lelaki-finally last :)

     Seminggu sudah berlalu,kini Fahrin bertekad untuk berdiam diri buat sementara waktu.Tiada “login” facebook,tiada pesanan ringkas,tiada keluar rumah,tiada outing dan tiada segala-galanya.Segalanya musnah buat Fahrin apabila bebola matanya melihat sekeping kertas yang bergelar slip pepriksaan.Ramai yang mengatakan keputusan yang aku terima adalah baik.Namun aku tahu bahawa mereka hanyalah untuk mengambil hatiku.Akan tetapi,motivasi aku kembali membara apabila seorang lelaki mengatakan “gagal sekali bukan gagal untuk selama-lamanya,cuba tengok orang yang luar sana yang dapat lebih teruk lagi daripada Ren ataupun mereka yang tidak berkemampuan untuk mengambil peperiksaan,macam mana perasaan mereka lagipun ayah dah cukup bangga dengan kemampuan anak ayah ni”.

     Kini aku sedar segala-galanya,kehidupan kita tidak semuanya indah dan kita hendaklah menempuhi kepahitan hidup itu dengan bijaksana.Semuanya tidak terlambat untuk kejayaan.Dan aku akan terus mengejar impian aku yang selama ini aku idamkan.Buat Nur Iman Nasuha binti Zulkifli,aku akan tetap menunggu kau “you are apple of my eyes” dan aku akan terus menjadikan kau sebagai sumber inspirasi ku.

tammat

terima kasih yang sudi membaca sebuah cerpen yang kurang bagus ini....

karya asli mohdazizinizam
     

No comments: