A


Monday, December 17, 2018

Berakhirnya Zaman Remaja

Bagi aku zaman remaja aku dah berakhir pada usia aku 24. Seseorang lelaki menjadi sedikit matang apabila dia sudah mula "terpaksa" memikirkan masa depannya. Baru-baru ini aku ada belajar sedikit ilmu house financial + asb. Macam mana cara untuk mendapatkan 15-20% wang pendahluan daripada harga asal rumah. Untuk maklumat yang lebih teliti, Insyaalah kalau ada masa yang terluang aku cuba untuk masuk dalam entri. Oleh kerana, ilmu yang aku pelajari barulah hanya beberapa titis air daripada sebuah kolam yang besar.

Apabila selesai membuat pengiraan dan rancangan masa depan untuk tempoh 5 tahun ke hadapan, dari segi logik akal fikirannya agak mustahil untuk membeli rumah yang harganya >300k berdasarkan prestasi semasa aku. Itu tidak diambil kira kebarangkalian untuk kenaikkan gaji ataupun rezeki yang menyinggah dalam tempoh 5 tahun kehadapan. Memang tidak dinafikan, aku memerlukan 2 sumber keewangan yang berbeza, sama ada bisnes mahupun gabungan pendapatan isi rumah. Memang sasaran aku untuk membeli rumah pada tahun 2024@2025 atas sebab2 tertentu seperti tempoh tamat komitmen dan tempoh pinjaman "loan".

Ianya agak sukar buat lelaki seperti aku yang hanyalah sekadar pekerja kilang. Tapi Insyaallah berkat usaha dan titik peluh yang halal bagi setiap pemuda yang mempunyai impian dan hala tuju kehidupan yang nyata, Allah SWT akan senantiasa membantu hambanya untuk merealisasikan impian mereka asalkan ada usaha yang selari dengan syariah islam itu sendiri.

Antara tips dan ilmu yang diajari sendiri oleh Ayahku dalam hal keewangan ini antaranya,

1. setiap bulan cuba untuk tidak "miss" beri kepada kedua ibu bapa kita oleh kerana keberkatan daripada pemberian itu. Alhamdullillah aku dh try dari aku mula bekerja lagi, pernah bagi rm30, kadang2 rm50.

2. Ayahku selalu berpesan sampai ke laa ni, jikalau ada kemampuan yg lebih, berzakat atau berwakaf lah setiap bulan. Sebab dalam rezeki kita itu secara tidak langsung mempunyai hak orang lain. Serius guys, aku dah try benda ini sejak aku start kerja lagi. Nak cakap mewah itu tak adalah. Cukup sekadar untuk sara kehidupan dengan bahagia dan tenteram. Seperkara lagi, zakat juga sebenarnya juga boleh digunakan sebagai alternatif lain untuk menolak cukai2 anda bagi sesiapa yang telah menconteng EA form.

Sejujurnya zaman remaja aku memang sudah berlalu, setiap bulan aku mmg tiada bajet yang spesifik untuk berfoya. Aku sendiri pun sudah lupa kali terakhir aku tengok wayang walaupun mall itu sehaluan dengan jalan balik. Sebab bagi aku agak membazir untuk "spend" rm30 sekali dengan popcornnya. But if that rm30 you are spending with friends, watching together, i think it should be worth it because im usually went to cinema alone.

Peace✌ with love💙

Sunday, December 9, 2018

Apa yang aku cari?

Apa sebenarnya yang kita cari dalam dunia ini?

-duit
-darjat
-pangkat
-pasangan
-ilmu

Sebab itulah dunia ini hanya fatamorgana. Benda sebenar yang kita cari adalah KEBAHAGIAN. Apa itu bahagia? Bahagia menurut persepsi diri aku sendiri adalah sesuatu perkara yang engkau sendiri tidak boleh ungkapkan, oleh kerana kebahagian ini sesuatu perkara yang untuk dirasa dalam jiwa, bukan untuk diceritakan. Apa yang diungkapkan di mulut manusia itu erti sebenar kebahagian adalah mungkin sebahagian shaja yang tersemat dlm jiwa. Sebahagian lagi, ianya tidak mempunyai tafsiran dan perkataan yang sesuai untuk diluahkan.
✌ Peace with love.

Saturday, December 1, 2018

Luahkan Saja

Tidak salah utk kita meluahkan apa yg ada dlm isi hati kita terutama skali tntg cinta. Luahkanlah ia dengan penuh adab santun tatacaranya oleh kerana persekitaran kita sendiri penuh dgn kesopanan budaya timur dan Islam itu sendiri supaya ianya tidak akan menyakiti hati seseorang itu.

Akan tetapi bersedialah untuk menerima kekecewaan dlm luahan rasa hati. Oleh kerana fitrah hidup manusia yg telah diciptakan oleh Allah SWT mempunyai berbeza pendapat, citarasa dan minat. Belajar hormati isi hati org lain dan raikan perbezaan pendapat agar Insyaalah suatu masa yg nanti akan hadirnya insan yg memahami perasaan kita.

Peace with love✌. Bismillahi Tawakkaltu 'Alallah

Thursday, June 7, 2018

Malaysia Baru

Assalamualaikum...

Lama rasanya tinggalkan blog ni, dh brsawang,
Pertama skali nk update pasal diri aku, its nothing different for past years ago, its still same, im still being single, bcause single is better. Sbnrnya masih menunggu sang secret admire ku ini, Insyaallah kalau jodoh x kemana, aku akn sentiasa menunggu ko MissA. So rasanya nk kena prepare skema jawapan utk makcik2 pakcik2 aku tntg kawin2 ni

KERJA? Yup, memang lately ni too much pressure dan rasa mcm penat utk segalanya. Projek yg menimbun, lepas tu nk kena settle sorg diri pulak tu. Aku rasa mcm stiap hari aku mood kerja dh pergi jauh meninggalkn aku. Terasa roh aku dgn kerja aku dh terpisah jauh. Tapi nk buat mcm mana, just follow the flow saja, jikalau ada rezeki utk berubah angin, Alhamdulillah. Sbb skrg pon dh start utk scroll2 jobstreet, masih mncari position dan company yg sesuai. Wish me LUCK😎

9hb. Yeah, akhirnya setelah 61 tahun kerajaan BN memerintah, tanggal 10hb Mei, Malaysia dpt membentuk sebuah kerajaan yg baru. Rasa terharu sbb akulah sebahagian anak muda yg berdedikasi serta mempunyai smgt patriotisma yg tinggi telah memyuarakan pilihan aku dgn kluar menggundi. Terasa nyaman sungguh udara di bumi Malaysia yg baru ini. Harapan aku smoga kerajaan sedia kini tidak mensia-siakan pilihan majoriti rakyat Malaysia dan kembalikan title "THE ASIAN TIGER" dimana kita disanjung tinggi oleh negara luar. #IniMalaysiaBaru

Sunday, October 15, 2017

Jauh Dikau Membawa Diri

Assalamualaikum,

Itulah namanya kehidupan, yg kita fikir dekat, rupa2nya sudah jauh membawa diri...
Mungkin mmg suratan yg dikarang oleh Allah SWT,
Aku senantiasa akan terus mendoakan yg terbaik utk kau,
Selamat menempuhi alam pekerjaan, dan Insyaallah jika Allah SWT sudah menetapkan kau jodoh ku, aku hnya mampu berdoa supaya kita dpat menjaga hati masing2...
Goodluck My Secret Admire, wish you very best for your life